Iman Aqmar patut nikah bulan ini, keluarga reda dengan takdir Allah

Oleh: Zuzu Yasmine

Penemuan mayat Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain 24, semalam sememangnya menyayat hati ramai selepas hilang sejak 29 Oktober tahun lalu.

Lebih-lebih lagi, Allahyarham yang berusia 24 tahun disatukan dengan tunangnya pada bulan ini namun tidak kesampaian.

Menurut bapa saudara Allahyarham, Azuni Abd Kadir, 47, berkata anak saudaranya itu sudah setahun bertunang dengan pilihan hatinya sebelum kejadian malang itu berlaku.

Katanya, majlis pernikahan Allahyarham pada awalnya dijadualkan berlangsung Januari lalu.

"Namun kerana bapa tunangan Allahyarham baharu meninggal dunia kira-kira dua bulan sebelum kehilangannya, keluarga sepakat menunda majlis pernikahannya pada bulan ini.

"Bagaimanapun, takdir Allah mengatasi segala perancangan kita. Allahyarham tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan 29 Oktober tahun lalu. Allahyarham sepatutnya bernikah bulan ini," katanya.

Semalam, penemuan rangka itu dilaporkan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat manakala kereta itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Difahamkan sekiranya proses DNA berjalan lancar dan selesai awal esok, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pasir Gudang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih pada sebelah petang.

Terdahulu, kehilangan pemuda itu tular di media sosial apabila adik Iman Aqmar iaitu Izz Anisaa memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Dilaporkan Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang pada jam 1.30 minit pagi 29 Oktober lalu ke Terengganu dengan memandu kenderaan Nissan Grand Livina, sebelum gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan majikannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen