Sakan ‘gasak’ kereta sewa & ‘homestay’ di Langkawi, warganet berang sikap geng ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial akan kelakukan sekumpulan lelaki yang dikatakan penyewa sebuah inap desa dan kereta sewa jenis Alphard sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai Andy Suffean Jr, dapat dilihat sekumpulan lelaki sedang seronok ‘berendam’ di dalam sebuah kolam selain turut dipenuhi dengan tin minuman keras.

Tidak hanya itu sahaja, mereka juga dikatakan membuka lagu dengan kuat seolah-olah sedang berpati di siang hari.

Turut tular aksi mereka menaiki kereta sewa jenis Alpahard turut diguna ‘kaw-kaw’ termasuklah kelibat seorang lelaki di atas bumbung kenderaan berkenaan.

Kesal akan perkara itu, pemilik kenderaan berkenaan dikatakan telah ‘merampas’ semula kereta dewa tersebut kerana tidak puas hati apabila kereta yang disewakan diperlakukan sedemikian.

“You (Awak) tengok, I call (Saya telefon) you (awak) tak angkat. Dah viral satu Langkawi tau,” luah penyewa tersebut.

Disebabkan perkara tersebut, individu dari kumpulan berkenaan telah dibanned oleh ejen-ejen kereta sewa dan juga inap desa yang terdapat di pusat pelancongan terkenal itu.

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Sehubungan dari perkongsian itu, rata-rata warganet mencemuh perbuatan berkenaan yang dilihat merosakkan harta benda sekaligus bangsa mereka.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa itu adalah sikap individu dan bukannya kerana bangsa.

"Ada duit terus rasa king"

Tak ada adab

Sementara itu, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awan di sekitar pulau peranginan itu.

Mneurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari selepas tularnya video lelaki berkenaan duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV).

Kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen