Selesai ambil keterangan saksi, rumah mewah wanita dera anak angkat disita

Ekoran kejadian seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa dera di sebuah rumah, polis telah mengambil keterangan daripada kesemua 11 orang saksi.

Rumah mewah disita polis

Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Sementara itu, pasangan suami isteri yang didakwa terlibat juga telah direman selama tujuh hari iaitu sehingga 28 Julai ini untuk disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Malah, difahamkan rumah suspek yang terletak di sebuah kawasan kediaman mewah itu telah disita polis.

Minggu lalu, tular di media sosial akan sebuah video menyaksikan kejadian seorang kanak-kanak dipukul oleh wanita yang dipercayai ibu angkatnya dengan menggunakan batang penyapu.

Menurut pelaku, tindakannya berbuat demikian kerana anak di bawah jagaannya itu terlampu aktif dan tidak suka makan nasi.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen