Baik hati dan tak pernah cakap buruk, alasan terkuat suami pilih Wany Hasrita jadi suri hati

Penyatuan dua hati, Wany Hasrita dan suaminya Mohd Al Adib pada Jumaat lalu benar-benar mengejutkan ramai peminat di luar sana.

Mana tidaknya, meskipun seorang selebriti, Wany jarang menimbulkan kontroversi panas sehingga menjadi buah mulut warganet, hatta kisah percintaannya juga 'disimpan' rapat sehinggalah tiba hari bahagianya.

 

Tak suka merungut ditimpa masalah

Dedah Mohd Al-Adib, Wany mempunyai hati yang sangat baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain .

Bukan itu sahaja, isterinya juga tidak suka merungut apabila ditimpa masalah dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah membuatkan dia jatuh cinta.

Tak sekat karier isteri lepas kahwin

Meskipun sudah berumah tangga, Adib bagaimanapun tidak akan menghalang karier isterinya, asalkan tidak mengganggu kehidupan peribadinya serta kerjayanya sebagai juruterbang.

"Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja."

"Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam 'reverse psychology' sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?

"Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan."

Untuk rekod, Wany Hasrita dan Mohd Al Adib telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat malam.

Kemudian, mereka diraikan lagi pada majlis kesyukuran yang diadakan di Forest Valley, Cheras pada Ahad.

Majlis yang diraikan secara sederhana dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga dari kedua belah pihak, jemputan media serta kelab peminat Wany Hasrita.

Tanhiah diucapkan buat Wany dan suami, moga mahligai yang dibina berkekalan selamanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen