Hati Wanita Mudah Cair Melihat Lelaki Bermain Bersama Kanak-Kanak.

Lelaki secara fitrahnya mempunyai sifat tegas, berkepimpinan dan seorang yang macho. Tetapi, dengan adanya sifat kasih sayang, membuatkan wanita kagum terhadap lelaki tersebut. Tidak kiralah samaada seorang lelaki itu mengambil berat terhadap keluarga, adik-beradik, sahabat atau seorang yang sukakan haiwan. Wanita sangat menyukai lelaki yang ada sifat ini. Hati wanita mudah cair melihat lelaki bermain bersama kanak-kanak. Sebab,



1. Dilihat penyayang.

Sifat penyayang kadang kala tidak boleh dibuat-buat, ada masanya tidak menjadi juga. Seorang lelaki yang ada sifat ini akan secara semula jadinya mengeluarkan karekter tersebut apabila mendekati kanak-kanak. Kanak-kanak juga pandai merespon secara ‘jujur’ jika mereka menyukai orang yang melayaninya.

2. Mempunyai sifat kebapaan.

Dengan melayani kanak-kanak dengan baik, wanita akan memikirkan bahawa anda seorang bapa yang baik untuk anak-anak mereka kelak. Anda juga akan melayani semua orang dengan baik juga menurut wanita tersebut. Seorang bapa bukan sahaja mempunyai sifat tegas, tetapi dengan adanya kasih sayang dalam keluarga, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Kalau anda mahukan seorang wanita terpikat terhadap anda, apa kata cuba cara ini. Jika ada kanak-kanak sekitar anda dan pasangan, ambil dan bermainlah bersama kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak tersebut suka akan gelagat anda. Itu bermakna anda telah menarik magnet untuk dia menyukai anda.

Fakta ini terbukti apabila adanya gambar atau video seorang anak bersama ayah di laman sosial, wanita mudah tertarik dengan gambar tersebut. Kelihatan telatah anak dan ayah sangat sweet gitu. hehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen