Buat aksi jelik hina Islam, penganggur dipenjara 6 bulan & denda RM10,000

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara menghina Islam, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan menghina agama Islam di Facebook pada 17 Julai lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Syaidinar Abu Bakar, 36, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menggunakan Facebook secara sedar dengan memuat naik rakaman video berdurasi 4 minit 13 saat yang jelik sifatnya dengan niat menghina Islam.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan di Lot 532A Kampung Bagan Chekok, Pulau Chondong, di Machang jam 6 petang pada 17 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, tertuduh memohon hukuman terhadapnya diringankan, namun Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal dikenakan.

"Mohon hukuman setimpal dikenakan mengambil kira tertuduh menghina agama dan boleh mencetuskan ketidakamanan dalam masyarakat.

"Pada masa sama, ia boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak memandang ringan isu seperti ini," katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000. Jika gagal bayar denda, tertuduh akan dipenjara enam bulan lagi.

Bagaimanapun, difahamkan tertuduh gagal membayar denda terbabit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen