“Mak ayah bijak sangat!” – Netizen geram lihat kanak-kanak pakai pendakap gigi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular akan sebuah video seorang kanak-kanak perempuan dipakaikan pendakap gigi menjadi perhatian ramai netizen di Indonesia.

Mana tidaknya kanak-kanak yang dilihat baru berusia sekitar tiga atau empat tahun itu dianggap masih belum sesuai untuk menggunakan pendakap gigi pada umurnya.

Kanak-kanak dah pakai pendakap gigi?

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Putsho05 itu memaparkan kanak-kanak perempuan yang cantik disolek itu tersengih menunjukkan giginya.

@putsho05

 

♬ LDR KERAS BOS - Breaks Music Group

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian warganet adalah pendakap gigi yang dipasang pada kanak-kanak berkenaan.

Perbuatan ibu bapa kanak-kanak itu dikecam kerana boleh membahayakan proses pertumbuhan gigi disebabkan struktur rahang dan gigi yang masih belum tumbuh sepenuhnya.

Melihat ke ruangan komne, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan namun, sehingga kini masih lagi tiada maklum balas dari mereka.

Bahkan, warganet turut bersimpati nasib yang terpaksa ditanggung kanak-kanak tersebut apabila dewasa kelak.

Ibunya bijak sangat

Harap cuma edit

Kesian anaknya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen