Lagi sekali! Polis siasat 'posting' lelaki berperwatakan wanita hina Islam

Oleh: Zuzu Yasmine

Isu menghina agama terutama agama Islam nampaknya semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Malah, semakin ramai yang berani menghina agama Islam tanpa memikirkan kesan dan juga akibatnya.

Terbaru, tular akan sebuah ‘posting’ sejak semalam akan seorang pengguna Facebook yang didakwa mengina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Difahamkan, individu berkenaan dipercayai lelaki berperwatakan wanita dari Sitiawan, Perak.

Posting berkenaan mendapat perhatian warganet yang rata-rata meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu itu.

Susulan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan isu tersebut.

“Setakat ini kita belum terima laporan secara rasmi lagi, tetapi saya akan semak sama ada laporan itu ada dibuat di negeri lain.

“Kalau (laporan polis), kita siasat apa kesalahan yang dilakukan sama ada di bawah Akta 506, atau jika sampai menghina agama, siasatan boleh dibuat di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen