“2 kali termimpikan Iman Aqmar, arwah janji pulang hari ini.” - Tunang

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, penemuan jasad Allahyarham Muhammad Iman Aqmar bukan sahaja mengejutkan ramai namun juga melapangkan dada ahli keluarga selepas sembilan bulan hilang jejak.

Selain ibu dan adik Allahyarham yang reda akan pemergian tersebut, tunang kepada Iman Aqmar turut bersyukur penemuan arwah selepas disahkan hilang pada 29 Oktober lalu.

Menurut Nurfaizah Mahadi, selama kehilangan sembilan bulan itu, dia dua kali bermimpi mengenai tunangnya pada awal tahun ini dalam tempoh kira-kira 10 bulan Allahyarham menghilangkan diri.

Wanita berusia 25 tahun itu juga tidak menyangka mimpinya bertemu dan bercakap dengan Allahyarham yang memberitahu akan 'pulang' merupakan petanda jasadnya yang hilang ditemukan serta disemadikan pada Selasa lalu.

"Saya tidak ingat tarikh kedua-dua mimpi itu tetapi dalam mimpi pertama, saya hanya sempat bertanyakan ke mana dia pergi tetapi dibalas dengan senyuman arwah.

"Dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur," katanya.

Berkongsi mengenai mimpi keduanya, Nurfaizah berkata, dia 'berjaya' menghubungi Allahyarham menerusi telefon bimbitnya.

"Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? semua orang mencari awak. Arwah cakap saya ada sini dalam 26 hari bulan (Selasa) nanti saya balik la. Saya bersyukur Iman ditemui," katanya.

Dia melahirkan rasa syukur kerana jawapan kepada persoalan hampir 10 bulan di mana tunangnya pergi telah terjawab kerana sebelum ini sering risau keadaan Allahyarham sejak kehilangannya 29 Oktober lalu.

"Selama hampir 10 bulan kami menunggu jawapannya, sekarang sudah terjawab di mana dia berada. Ada kuburnya, Saya rasa bersyukur sangat kerana ini jawapan yang saya tunggu, selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana. Dia makan ke atau tidak?," katanya.

Untuk makluman, Allahyarham Muhammad Iman Aqmar dan Nurfaizah sepatutnya melangsungkan pernikahan ketika ulang tahun kelahiran tunangnya itu pada Disember lalu namun hajat mereka tidak kesampaian.

Perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan pada Disember lalu kerana Ayah Norfaizah meninggal dunia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen