Walau dicerai suami, wanita syukur tetap dilayan sebagai menantu kesayangan oleh mentua

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua rumah tangga yang dibina dapat dipertahankan dengan sebaiknya, boleh jadi rapuh di tengah jalan.

Namun, hubungan suami isteri mungkin akan terpisah akan tetapi dengan anak-anak mahupun keluarga mentua kekal selamanya.

Tetap disayang mentua walau dah bercerai dengan suami.

Itulah yang dilalui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Sha Shu Shen ini apabila miliki ibu mentua yang penyayang dan menyokong dirinya.

Menurut wanita berkenaan, meskipun dia bukan lagi isteri kepada anak mentuanya namun dia tetap disayangi sebagai menantu.

@shashushen Hargai yang bersama kita, ketika kita diuji. Terima kasih, masih ada bersama sehingga kini.💖 Kita seMua diuji mengikut kemampuan hambaNya. percaya lah. 🥰 Semoga yang diuji, dipermudahkan segala urusan🌹❤️ #fyp #fypシ #foryoupage #mertuakirimansyurga #CapCut ♬ original sound - Doc70r

Lebih menyentuh hati lagi apabila ibu mentuanya itu turut menemani di mahkamah semasa proses penceraian.

Tidak hanya itu sahaja, Sha bersama anak-anaknya juga tidak pernah diketepikan meskipun tiba hari raya, pergi melancong ataupun majlis kenduri yang dianjurkan oleh keluarga mentua.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet kagum melihat hubungan menantu dan mentua ini. Malah, mereka juga memuji keluarga mentua berkenaan yang tidak memutuskan hubungan silaturahim.

Satu dalam sejuta

Baiknya mentua

Rezeki mentua baik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen