Cara Si Dia Memberi ‘Hint’ Kepada Anda Akan Perasaannya Melalui Pesanan Ringkas.

Oleh: Zuzu Yasmine

Teknologi pada masa kini memainkan peranan besar dalam komunikasi untuk sebuah perhubungan. Walaupun masih belum menjalinkan hubungan lagi, teknologi juga membantu kita mengetahui adakah orang yang kita kerap berkomunikasi itu mempunyai hati terhadap kita mahupun tidak. Kita pasti akan kerap tukar-tukar pesanan ringkas, WhatsApp, mahupun personel messenger dengan seseorang yang mungkin kita sukai. Tetapi kadang kala tindakannya itu menjadi tanda tanya adakah si dia itu suka akan kita atau tidak? Atau kita ini hanya dijadikan sebagai tempat hilangkan bosannya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan ketika anda berkomunikasi dengannya.



Biasanya, sangat mudah untuk mengetahui bagaimana perasaan seseorang terhadap anda berdasarkan bagaimana cara dia membalas pesanan anda. Terdapat beberapa corak atau trend tertentu yang memberi hint kepada anda bahawa si dia menyukai anda. Mungkin anda sahaja yang tidak tahu menghurai tabiat pesanannya.

1. Membalas pesanan dengan pantas.

Antara yang anda boleh lihat ialah cara si dia membalas pesanan anda. Jika si dia membalas dengan cepat dan pantas. Ha, itu kelihatan tindak balas yang menarik. Mereka ini tidak akan membiarkan anda menunggunya berjam-jam. Kadang kala jika terlalu sibuk hingga tidak membalas pesanan anda, mereka akan memohon maaf dan akan memberitahu bahawa mereka akan membalas pesanan anda di lain waktu.

2. Sentiasa mulakan perbualan.

Di samping itu juga, anda boleh lihat mereka ini kerap memulakan perbualan ataupun pesanan. Mereka tidak akan menunggu anda untuk memulakannya dahulu. Mereka sebenarnya malu untuk memulakan dahulu tetapi demi anda mereka sanggup melakukannya.

3. Penggunaan emoji.

Selain itu, kita juga boleh lihat mereka ini kerap menggunakan emoji untuk merujuk kepada sesuatu. Kadangkala mereka sahaja untuk menceriakan suasana dengan menggunakan emoji tersebut. Mereka tidak akan menunjukkan perbualan yang pasif bersama anda. Mereka kelihatan bersemangat ketika membalas pesanan anda.

4. Pelbagai soalan yang ditanya.

Mereka ini juga akan menunjukkan bahawa mereka amat menyukai anda dengan bertanya pelbagai soalan untuk meneruskan perbualan dengan anda. Mereka ini seolah-oleh menunjukkan minat dan rasa ingin tahu akan kehidupan anda. Dan mereka cuba untuk mencari tahu sebanyak mungkin mengenai anda.

5. ‘Hint’ mengajak keluar.

Tidak lupa juga mereka akan bertanya pelbagai aktiviti yang anda dengannya boleh lakukan. Sebagai contoh filem hangat apa yang sedang berada di pasaran, ataupun aktiviti-aktiviti yang menarik hingga membuat anda tertarik untuk pergi bersamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen