“Tak ada niat nak dera, cuma takut Alia kurang zat.” – Mak angkat

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara menyebabkan kecederaan fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang juga anak angkatnya dengan menggunakan batang penyapu dan penyangkut baju, pasangan suami isteri mengaku bersalah atas pertuduah tersebut.

Tertuduh yang merupakan pengasas kosmetik, Amira hamzah, 28 dan suaminya Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, seorang pemandu lori yang juga warganegara Singapura masing-masing telah didenda RM20,000 di  Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi.

Menerusi laporan Berita Harian, pasangan tersebut memaklumkan yang mereka tidak mempunyai niat memperlakukan anak angkat mereka sebegitu rupa kerana hanya inginkan kanak-kanak tersebut makan makanan berzat memandangkan mangsa tidak mahu menjamah nasi.

Semasa prosiding kes itu juga, mereka telah meminta maaf diatas keterlanjuran yang dilakukan sehingga mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak terbabit.

“Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, kami cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, kami takut dia mengalami masalah kurang zat makanan,” kata Amira.

Meskipun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara yang maksimum sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Tambahnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan  zalim itu sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian badan, tangan dan kaki mangsa sejak April hingga Julai.

“Kanak-kanak itu masih kecil tapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh iaitu enggan makan nasi.

“Saya percaya kejadian itu akan menyebabkan mangsa mengalami trauma seumur hidupnya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Fitri  juga telah didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh mahkamah sama selepas didapati tinggal lebih tempoh yang dibenarkan di Malaysia pada  22 Julai lalu jam 2.30 pagi.

Terdahulu, tular video seorang wanita memukul anak angkatnya dengan batang penyapu dan penyangkut baju telah tular di media sosial dipercayai kerana kanak-kanak tersebut enggan makan nasi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen