Gara-gara tak bagi pinjam motor, ibu diugut bunuh dengan anak kandung

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita berdepan detik cemas selepas diugut bunuh oleh anak kandung dalam kejadian amuk di Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa tidak membenarkan suspek menggunakan motosikal miliknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek berusia 20 tahun mengamuk dengan memegang sebilah pisau mengugut mahu membunuh ibu dan ahli keluarga lain.

"Ibunya berusia 40 tahun yang merupakan seorang suri rumah tidak membenarkan suspek menggunakan motosikal kerana lelaki tersebut baharu sahaja pulang setelah tiga hari keluar rumah," katanya.

Ketika kejadian, turut berada dalam rumah terbabit ialah adik beradik suspek yang lain.

Bagaimanapun, hasil maklumat yang diterima dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda membolehkan suspek ditahan anggota MPV yang sedang melakukan rondaan.

Menurut Zaidy, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen