Baru-baru ini, tular di media sosial akan video seorang wanita yang dipercayai ‘flex’ akan hubungan dengan seseorang yang berpangkat tinggi di dalam jabatan awam.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Perdoqpop itu memaparkan dua wanita yang sedang duduk di kerusi pemandu dan penumpang bahagian depan sebuah kenderaan.
Dengan riak yang agak ‘berlagak’ wanita berkenaan memaklumkan bahawa pakciknya yang berpangkat tinggi datang melawat namun ibunya pula terpaksa dari sebuah pertemuan bersama rakan-rakan.
Tak paham video ni. Apa yang nak dibuktikan? Kereta ni kereta untuk saudara mara ke apa pic.twitter.com/W1VLCWIADQ
— Kisah Rumah Tangga (@pedoqpop) July 28, 2022
“Apabila pakcik kau yang juga Pengarah JKR Perak datang melawat dan ibu kau perly pulang cepat dari girl’s day out,” tulis wanita berkenaan di video.
Sehubungan dari perkongsian tersebut, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet terhadap video berkenaan. Rata-rata mereka berpendapat bahawa wanita berkenaan sengaja mahu menunjuk.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa wanita berkenaan telah menggunakan kenderaan milik kerajaan itu.
Bapa saudara je pun
Nak menunjuk je ni
Salah guna harta ni
Tinggalkan Komen