Pasti ramai yang masih ingat akan kisah seorang wanita, Jahidah Nordin yang menjadi mangsa belasah suami sehingga koma dan tidak berdaya.
Sejak kejadian itu, banyak yang dilalui wanita berkenaan termasuklah melalui proses kehamilan serta melahirkan seorang bayi lelaki dalam keadaan dirinya masih koma.
Bagaimanapun, sejak ditahan selepas kejadian itu namun tiada perkembangan mengenai suspek.
'Suami durjana' dah bebas
Terbaharu, menerusi perkongsian keluarga Jahidah, mereka menerima khabar bahawa lelaki berkenaan dikatakan telah bebas pada minggu lepas selepas diikat jamin oleh seseorang.
@ziahzara15 Replying to @ayeen.sb Doakan dipermudahkan segala urusan kes kak jahidah mudah mudahan ada pembelaan buat kakak..#mangsaderasuamidayus #braindamage #babyajaib #ziahzara #babyjahidah #eshannufail ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo
Siapa yang jamin?
Khabar buruk itu dimaklumkan oleh Fauziah Nordin dan Fazariah Nordin di akaun media sosial masing-masing apabila membenarkan tentang berita pembebasan suspek selepas setahun direman.
Menurut mereka, lelaki berkenaan belum lagi dijatuhkan hukuman namun dapat bebas daripada direman selepas ada penjamin yang membayar wang ikat jamin.
Jelas mereka lagi, ikat jamin tersebut dilakukan secara atas talian malah identiti penjamin juga dirahsiakan.
Keadaan Jahidah masih sama
Berkongsi akan keadaan terkini Jahidah, wanita berkenaan tidak banyak berubah dan hanya terbaring seperti sebelum ini. Namun, mereka sekeluarga berharap perkembangan positif dari wanita tabah itu.
@ziahzara15 salam Aidiladha dari kami..♥️♥️#eshannufail #babyjahidah #babyajaib #braindamage #mangsaderasuamidayus #ziahzara ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Tinggalkan Komen