Bagaimana Untuk Mencintai Lelaki Yang Degil Dan Ego?

Wahai gadis dan wanita sekalian hembuskan nafas yang panjang kerana anda telah jatuh cinta pada sang lelaki yang ego maha degil. Tanyakan pada diri anda, adakah anda serius ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki seperti ini? Mempunyai ego yang tinggi sangat berbeza jika dibandingkan dengan keyakinan diri yang sangat tinggi.

Ego dan degil merangkumi narsisisme yang menjadikan si dia sangat berkarisma. Malah si dia tidak mempunyai empati, dominan, manipulatif, bertindak lebih baik daripada anda dan secara keseluruhan, ia akan merosakkan insan yang terlibat dalam hubungan dengan mereka.

Jangan lupa, ego yang tinggi dapat menghalang hubungan anda menjadi lebih akrab!

1. Jangan mendesak si dia!

Seorang lelaki yang degil amat pakar untuk menentang segala perilaku yang membuatkan dia berasa sangat tidak selesa atau menyeksa jiwa raga. Semakin anda menyeksa si dia dengan kata-kata cinta anda, semakin lelaki ini rimas!

2. Menjadi sangat misteri boleh membuatkan si dia tertarik dengan anda.

Pada permulaan perkenalan, anda rajin untuk menegur si dia dengan ‘Hai’ dan hari-hari seterusnya. Cuba untuk hari yang berikut, anda hanya tersenyum dan tidak menegur, kemudian pastikan satu hari bayangan anda tidak kelihatan pasti si dia akan berasa pelik dan tertanya-tanya.



Selain daripada itu, jika anda berdua sudah berkomunikasi, elakkan daripada bercerita tentang segala-galanya. Pastikan ia menjadi misteri, meninggalkan pelbagai persoalan yang membuat si dia bingung dan ingin terus berkomunikasi dengan anda untuk hari seterusnya.  

3. Sebagai cerminan dirinya.

Bagaimana? Setiap kali anda bertemu janji dengan si dia dan apabila si dia mengangkat pinggan atau gelas, anda cuba untuk menuruti segala hal yang dibuat. Di pendekkan cerita, anda sentiasa meniru gaya si dia. Apabila berjalan di sisi, si dia pasti berjalan dengan lebih pantas daripada anda bukan? Katakan pada si dia

“Laju-laju nak pergi mana? Jodoh awak kat sebelah ni”

Lalu, tidak salah anda cuba untuk berjalan dengan kadar pergerakan yang sama seperti si dia, ini untuk menunjukkan bahawa anda dengan si dia synchronize. Lama-kelamaan si dia pasti turut berjalan sama laju dengan anda. Tetapi apabila dilakukan secara tidak betul, anda akan menjadi creepy. Jika lakukan dengan betul, ia sangat berkesan untuk membuat si dia jatuh cinta.

4. Oh, jangan lupa senyum selalu dan pastikan anda sentiasa berketerampilan menarik!

Secara lahiriahnya bukan sahaja kaum wanita mahukan lelaki berketerampilan kacak, lelaki juga suka lihat pada kecantikan wanita. Bukannya anda perlu bersolek 10 inci untuk kelihatan cantik, namun pembawakan diri itu yang penting. Berkeyakinan dan pandai bawa diri.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen