Panjat lori bergerak, aksi berani sekumpulan kanak-kanak cetus kebimbangan ramai

Oleh: Zuhaira

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video memaparakan sekumpulan kanak-kanak memanjat sebuah lori tangki minyak sehingga mencetuskan kebimbangann ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Nan manjoi8715 itu dapat dilihat sekumpulan kanak-kanak itu bermain di jalan raya sebelum memanjat lori tersebut.

Difahamkan, video tersebut berjaya dirakam menerusi ‘dashcam’ kereta yang berada di belakang kenderaan berkenaan.

Menerusi video berdurasi satu minit dan 29 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak berkenaan dengan selamba duduk bersantai di atas lori yang sedang bergerak itu.

Bimbang akan ada kejadian yang tidak diingini berlaku, pemilik dashcam memaklumkan perkara tersebut kepada pemandu lori.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana.

 

Anda masih keseorangan?

1,115,270 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen