Selalunya seikhlas hati, ramai pelik tetamu tulis nama dan nilai pada sampul duit pengantin

Setiap kebaikan yang dilakukan adalah sebaiknya menjadi rahsia peribadi.

Selain dapat mengelakkan diri daripada bersifat riak, tindakan itu juga dianggap terpuji.

 

Itu termasuklah sewaktu memberi sedekah ataupun ketika menghulur sampul duit ketika menghadiri majlis perkahwinan, sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakkan orang.

Tetamu tulis nama dan nilai pada sampul

Namun, sebaliknya pula terjadi kepada keluarga ini apabila setiap tetamu yang hadir ke majlis itu, meletakkan nama serta nilai wang yang disumbang pada sampul tersebut.

@ani_070900

 

♬ original sound - bugis_tiktok

 

Bukan itu sahaja, keluarga pengantin juga akan rekod kesemua sampul yang diterima di dalam buku catatan sambil mengeluarkan isi dari sampul berkenaan.

"Nanti kena balas balik"

Hasil carian di komen, difahamkan cara itu adalah bagi tujuan membalas budi pemberi di kemudian hari.

Jika nanti giliran pihak pemberi membuat majlis, keluarga pengantin atau wakilnya akan memberi sumbangan mengikut nilai pada sampul mereka.

 

"Sama macam orang jawa"

"Orang minang pun"

 

"Tak pernah tulis, ikhlaskan je"

Selain itu, netizen juga berkesempatan berkongsi pengalaman sama cuma bezanya tetamu mereka tidak akan meletakkan nama, hatta nilai wang sekalipun pada sampul.

"Baru tahu kena tulis"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen