Sesuka hati pecahkan cermin kereta, lelaki gugup diajak ke balai polis. -"Saya akan ganti..."

Seorang wanita hamil berdepan detik cemas apabila didatangi oleh seorang lelaki baran.

Kereta kena 'block' keluar simpang

Menerusi video yang dimuat naik, sewaktu kejadian kereta yang dipandu oleh wanita berkenaan berhenti di persimpangan.

Demikian selepas mendapati kereta Vios putih di hadapannya tiba-tiba berhenti dan tidak menyangka pemandunya akan datang menyerang.

 

Seketika kemudian, lelaki yang juga merupakan pemandu Vios datang memarahinya sambil beberapa kali meminta agar wanita itu menurunkan cermin keretanya.

Disebabkan enggan berbuat demikian, lelaki tersebut memecahkan cermin kereta dipandu wanita berkenaan dengan menggunakan alatan tajam yang ditutup dengan kain.

Gugup diajak ke balai

Dalam kekalutan, kedengaran wanita itu berkata dia tidak berkenan dengan cara pemanduan lelaki terbabit yang sepertinya tiada hala tuju, sekejap ke kiri sekejap ke kanan.

Lelaki itu yang tadinya berani, kelihatan gugup apabila wanita tersebut ingin membawa kes tersebut ke balai polis dan sempat menawarkan diri akan membayar semula ganti rugi cermin yang pecah, manakala wanita itu perlu membayar kerosakan pada kereta Vios yang dipinjam.

"Mesti ada kejadian sebelum tu"

Namun begitu, pemilik video tidak memaklumkan lanjut kejadian sebenar kerana menerusi rakaman yang diambil, kelihatannya ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka berdua kerana wanita itu dari awal telah bersedia dengan telefonnya untuk merakam seperti ingin membuktikan sesuatu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,115,777 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen