Larikan diri ketika serbuan, polis cari 'samseng' pecah cermin

Sejak semalam, tuler sebuah video menyaksikan detik menggerunkan apabila pemandu wanita tiba2 didatangi oleh seorang lelaki tak dikenali, lalu memecah cermin keretanya.

Lari ketika serbuan

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Muhammad Zaki Harun, polis telah melakukan serbuan di rumah suspek di Nilai Puri, namun lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai telah melarikan diri.

"Kenderaan mangsa dihimpit Toyota Vios yang dipandu suspek tidak dikenali.

 

"Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

"Suspek sudah dikenal pasti dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menjalankan pemeriksaan serta serbuan di kediaman suspek di Nilam Puri namun lelaki itu menghilangkan diri."

-Muhammad Zaki-

Sebutan hukuman

Tambahnya, usaha mengesan suspek sedang digerakkan bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaa (KK), Seksyen 27 KK dan 427 KK.

"Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan memandu dengan berbahaya dan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya bagi kesalahan khianat harta benda."

"Bagi kesalahan mendatangkan ugutan jenayah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali."

-Muhammad Zaki-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen