Tragis! Bapa campak tiga anak dari 'atas' lebuhraya sebelum ikut terjun sekali

Tragis! Seorang bapa warga Myanmar tergamak mencampak tiga anaknya dari ketinggian 20 meter di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong.

 

Bapa campak anak di lebuhraya

Lebih menyayat hati, lelaki itu turut terjun ke lebuhraya menyebabkan dia turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihak polis menerima laporan kejadian lebih kurang jam 5.50 pagi daripada seorang lelaki tempatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiga kanak-kanak dipercayai berbangsa Myanmar terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun dan dua kanak kanak lelaki telah dicampak dari atas lebuh raya.

“Lelaki yang juga bapa mereka berusia 38 tahun itu turut terjun dari atas lebuh raya yang sama dengan ketinggian lebih kurang 20 meter dari lokasi dia ditemui,”

-Beh Eng Lai-

Saksi nampak mangsa jalan dengan anak

Berdasarkan makluman saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar tersebut didapati berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi dipegang di tangan kanan dan kirinya.

“Saksi telah menghampiri lelaki tersebut namun, secara tiba-tiba dia dikatakan mencampak anak yang dikendong dan dipimpinnya dari atas lebuh raya sebelum dia turut terjun,”

-Beh Eng Lai-

Seorang lagi sangat kritikal

Untuk makluman, seorang lagi anak mangsa berusia lima tahun mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, kanak-kanak itu berada dalam keadaan sangat kritikal dan hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut selain keretakan pada rusuk kirinya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen