Tabung kilat untuk adik Ainul? Ibu terkilan ramai scammer tumpang kisah anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan kesihatan adik Ainul Amrdiah Ahmad Safiuddin yang dikatakan agak kritikal dan sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sememangnya menjadi perhatian ramai pihak.

Adik Ainul sebelum ini dikatakan tetap aktif meskipun dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Ada pihak ambil kesempatan.

Bagaimanapun, ibu kepada adik Ainul, Nurul Erwani meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan untuk mengutip derma atas nama anaknya itu.

Berkongsi di akaun Instagram miliknya, Erwani beranggapan bahawa tindakan para scammer tersebut sangat melampau.

Tolong jangan percaya!

Malah, dia juga memuat naik beberapa posting scammer yang menggunakan kisah anaknya demi mengaut simpati sekaligus keuntungan daripada orang ramai.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Dalam pada itu, dia juga meminta agar orang ramai yang melihat posting sedemikian memaklumkan kepadanya agar mudah untuknya membuat hebahan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geram melihat sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu. Bahkan, berharap agar pihak sepatutnya melakukan siasatan terhadap nombor akaun yang sedang tular itu.

Siap mengaku bapa

Jahat yang ambil kesempatan

Sanggup menipu sebab duit

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen