Beri peluang jemaah sentuh Kaabah, Arab Saudi buka 'penghalang' lepas 2 tahun

Selepas dua tahun, Arab Saudi memutuskan untuk mengalihkan penghalang pencegahan di sekeliling Kaabah bagi membolehkan jemaah sekali lagi menyentuh rumah Allah.

 

Prihatin dengan keperluan jemaah

Perkara itu diumumkan oleh Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais yang mengetuai Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci pada Selasa.

Ujar beliau, keputusan tersebut menunjukkan keprihatinan yang diambil oleh kepimpinan Saudi terhadap pengunjung Masjidil Haram dan pengabdiannya untuk memudahkan ibadah mereka.

Tidak dengan itu, difahamkan pihaknya juga sedang bekerjasama dengan semua sektor yang beroperasi di Masjidil Haram untuk menerima jemaah haji dan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan, selaras dengan aspirasi kepimpinan kerajaan.

Untuk makluman, penghalang yang dipasang di keliling kaabah untuk memastikan penjarakan sosial antara jemaah haji.

Kawasan yang menjadi tempat jemaah tawaf itu ditutup pada Mac 2022 untuk pensterilan sebagai langkah pencegahan bagi membendung penularan koronavirus.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen