Gempar, lebuhraya bertukar menjadi warna merah selepas sebuah lori membawa stok sardin terbalik di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kuala Kangsar sebentar tadi.
Lebuhraya sesak 3km
Kejadian itu sekaligus mengakibatkan semua laluan terhalang dan aliran trafik terhenti lebih 3 kilometer.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lori terbabit dalam keadaan merintangi laluan dengan muatan dibawa bertaburan atas jalan.
"Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar bagi kerja-kerja pengalihan dilakukan."
-Omar Bakhtiar-
Polis 'turun padang' kawal trafik
Bagaimanapun, pihaknya telah menghantar polis bagi membantu kawal aliran trafik untuk mengelak kesesakan.
Tinggalkan Komen