Buat ‘drift’ atas jalan, pemandu Kancil tiba2 berang hentak parang pada kenderaan lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan sikap biadap seorang pemandu perodua Kancil yang memandu secara bahaya.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai A-jamp MrAj itu dapat dilihat kereta Perodua Kancil berwarna merah dipandu secara belawanan dan telah menghalang kenderaan lain.

Bagaimanapun, keadaan menjadi cemas apabila pemandu kereta Kancil tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang sebelum mengentak bonet depan kenderaan perakam.

Memetik laporan dari TVS, pihak polis telah berjaya menahan lelaki berkenaan di rumahnya pada jam 1 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata suspek yang memandu sebuah kereta Perodua Kancil dikatakan tidak berpuas hati selepas pengadu membunyikan hon kenderaannya semasa kejadian.

“Pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa keretanya telah ditetak oleh suspek yang tidak dikenali di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut merampas parang sebagai barang kes serta suspek akan direman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen