Minta izin lap gelanggang basah, ramai bengang lihat pengadil 'palau' pemain

Umum sedia tahu bahawa kini sedang berlangsungnya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Seperkara dengan itu, banyak juga kita lihat perkongsian di media sosial menyaksikan kehebatan atlet Malaysia beraksi di acara berprestij tersebut.

Gelanggang badminton 'dingin' 

Sementara itu, para penyokong juga tidak ketinggalan memberi sokongan penuh buat semua atlet terlibat meskipun secara maya.

Berkongsi suasana di sana, seorang pengguna Tiktok ada memuat naik sebuah video menyaksikan satu kejadian 'dingin' telah berlaku di gelanggang badminton.

 

@kwehhhhhhh Sian Yong, nasib baik menang last point tu 😆. Congrats Yong menang lawan Kidambi 🙌🙌. Boo umpire🥴 #commonwealthgames2022 #badmintonmalaysia🇲🇾 #fyp ♬ original sound - Kweh

Pengadil tak hirau pemain

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan Sian Yong yang juga merupakan pemain dari Malaysia meminta izin pengadil untuk lap gelanggang itu kerana basah.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak diendah oleh pengadil wanita yang berada di luar gelanggang, dia sebaliknya meminta pemain itu meneruskan perlawanannya.

"Pengadil ni bermasalah sikit"

Meninjau ke ruangan komen, ramai tidak berpuas hati dengan layanan pengadil berkenaan sehingga ada yang menganggapnya sombong.

 

"Tu pengadil ke Karen?"

"Biasalah perempuan..."

 

"Sebelum ni pun dia kena..."

Adapun begitu, netizen turut mendedahkan bahawa itu bukan merupakan kejadian pertama berlaku, malah turut terkena pada pemain yang sama.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen