Sering datang ke lokasi seorang diri, pesakit psikiatri maut jatuh tingkat 4

Oleh: Zuzu Yasmine

Lagi kes jatuh bangunan, seorang lelaki dilaporkan terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 65 tahun itu merupakan pemegang kad rawatan psikiatri ditemui berlumuran darah di ruang legar pasar raya itu akibat cedera parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 hingga 10.30 pagi.

Katanya, hasil maklumat awal mendapati pengawal keselamatan pasar raya terbabit ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tingkat empat bangunan itu.

"Pengawal keselamatan terbabit cuba membantu tapi tidak sempat apabila lelaki itu terjun.

"Setakat ini siasatan awal polis menjurus kepada mati mengejut tetapi bergantung pada hasil bedah siasat terhadap mayat berkenaan," katanya.

Berdasarkan soal siasat terhadap keluarga lelaki itu mempunyai mempunyai kad rawatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan baru menjalani rawatan susulan di hospital itu pada Isnin lalu.

"Dia yang tidak berkahwin dikatakan sering datang ke lokasi kejadian seorang diri. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen