Ibu tak buka sarung tangan waktu bayi, punca jari gadis 'terbantut' sampai dewasa

Semasa berada di fasa awal kelahiran, para ibu paling berhati-hati menjaga anak mereka dengan memberi sepenuh perhatian hanya untuk bayinya.

 

Jari terbantut sebab sarung tangan

Jika kita lihat, mereka akan dipakaikan stokin, sarung tangan serta dibalut dengan kemas sepertimana yang diajar oleh orang zaman dulu.

Begitulah juga yang diamalkan oleh ibu kepada wanita ini, namun ada kejadian lain pula berlaku disebabkan sedikit kecuaian semasa dia masih kecil.

 

@wulandira9 pasti gak percaya🤭🤭 #fypシ ♬ Carrying Your Love - David Morris

 

Menerusi perkongsian wanita tersebut, menyaksikan keadaan jari tengahnya tidak tumbuh dengan elok sepertimana jari-jemarinya yang lain.

Nangis tak tahu punca

Bagi yang tidak pernah mengenalinya, mungkin mereka beranggapan bahawa itu adalah kecacatan sejak lahir, tetapi sebenarnya tidak.

Menurut wanita berkenaan, sewaktu masih bayi, ibunya tidak menanggalkan sarung tangan yang dipakai selama tiga hari.

 

Hal itu menyebabkan dia menangis kesakitan tetapi si ibu pula tidak tahu akan puncanya.

Selepas membuka sarung tangan itu, barulah tangisannya reda dan alangkah terkejutnya dia melihat keadaan jari bayinya bergulung dengan benang pada sarung berkenaan.

 

"Hanya sebab benang"

Melihat nasib wanita berkenaan, ramai tidak menyangka bahawa ada kejadian yang boleh berlaku disebabkan oleh sarung tangan bayi.

 

"Rupanya kena lilit"

"Otak saya tak mampu berfikir"

"Benang menakutkan"

Dalam waktu sama, perkongsian itu juga menjadi pengajaran buat kaum wanita yang telah atau akan menjadi ibu di kemudian hari.

"Hati-hati dengan benang"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen