"Sepatutnya bincang dulu..." -Ketua Menteri Sabah pelik, anggota bermasalah ditukar ke sana

Kerajaan Sabah memandang serius terhadap tindakan polis memindahkan sembilan anggotanya yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak.

Lebih mengejutkan, keputusan tersebut dibuat tanpa mendapatkan pandangan kerajaan negeri terlebih dahulu.

 

Sepatutnya bincang dulu

Justeru itu, Ketua Menterinya iaitu Datuk Seri Hajiji Noor meminta memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.

"Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil entiti itu terhadap anggota mereka,"

-Hajiji Noor-

Terdahulu, media melaporkan sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat dalam kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.
 
Katanya, kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen