Ramai tersentuh, 2 beradik rela duduk bawah jambatan lepas bapa kahwin lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan kisah dua pemuda yang merupakan adik beradik apabila terpaksa duduk di bawah jambatan setelah bapanya berkahwin lain.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Raja Anita Raja Mukhtar, memaklumkan pemuda yang berusia 27 dan 25 tahun itu memilih untuk berdikari apabila setelah ibunya meninggal dunia manakala bapanya pula membina keluarga baru.

Lebih sebak lagi apabila pemuda berkenaan memaklumkan dia tidak kisah tempat yang kecil asalkan ada tempat berteduh.

Tidak hanya itu sahaja, difahamkan si abang dikatakan mengalami tekanan disebabkan masalah yang mereka hadapi.

Menurut pengguna Facebook berkenaan, mereka dipercayai mempunyai 5 orang adik beradik dan di antara mereka ada yang mengikut bapanya.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk tinggal di bawah jambatan sejak beberapa bulan lalu sambil mencari sesuap nasi memandangkan sudah dewasa.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati akan nasib dua beradik itu. Meskipun masih muda kedua-duanya, namun mereka berpendapat bahawa pergerakkan adiknya terbatas kerana keadaan abangnya yang kurang sihat.

Masalah setiap orang tak sama

Ejas bagi kerja

Tak ada saudara mara ke?

Moga dipermudahkan urusan dua beradik ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen