Dah tak nak buat baju seksi lagi, pereka fesyen akur hilang pelanggan lepas hijrah kecil

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak mengenali pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi yang sentiasa menghasilkan busana memukau hati pelanggannya.

Tidak kira bagaimana cita rasa pelanggannya namun, Rico sentiasa berjaya memenuhi dengan idea-idea yang menarik dan melahirkan busana yang memuaskan hati.

Pelanggan 'cancel' tempahan lepas hijrah kecil.

Terbaharu, pereka fesyen terkenal itu memaklumkan bahawa dia sudah berazam untuk tidak membuat pakaian wanita yang mendedahkan aurat lagi.

Katanya, dia sudah tidak mahu membuat baju tanpa lining serta seksi bahkan akan memaklumkan perkara itu ketika berurusan dengan pelanggan yang mahu membuat pakaian dengannya.

Berkongsi lebih lanjut, Rico membuat keputusan berkenaan selepas mendapat penjelasan daripada ustazah Asma’ tentang keberkatan hasil membuat pakaian yang tidak menutup aurat.

Bahkan, sudah ada beberapa orang pelanggan yang membatalkan hasrat untuk menggunakan khidmatnya namun dia percaya akan ada rezeki lain kelak.

Susulan perkongsian itu, rata-rata memuji akan penghijrahan yang dilakukan pereka fesyen itu. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar dia teus istiqomah selain mendapat rezeki yang berkat.

Moga terus maju

Insyallah ada rezeki lain

Moga terus istiqomah

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen