Ada najis tikus sana sini, restoran nasi kandar terkenal diarah tutup

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap restoran pastinya akan menyediakan hidangan yang lazat bagi menarik pelanggan ke tempat mereka. Namun, bagaimana pula dengan penyediaan mereka? Adakah bersih atau sebaliknya?

Menerusi laporan Malaysia Gazette, sebuah restoran nasi kandar terkenal dengan masakan mi goreng di Tanjung Bungah, George Town itu dipenuhi najis tikus bukan sahaja di ruang makan pelanggan namun hampir keseluruhan ruang premis berkenaan.

Susulan tidak menjaga kebersihan, restoran tersebut telah diberikan notis penutupan sementara kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Lebih mengejutkan lagi apabila najis tikus itu turut ditemui berhampiran cucur yang baru siap disediakan pekerja restoran terbabit.

Menurut  Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pelesenan MBPP, M. Bawani berkata, operasi ini  merupakan kali ketiga restoran nasi kandar itu diarahkan tutup atas faktor gagal mematuhi tahap kebersihanan yang ditetapkan.

Difahamkan, pemeriksaan di premis nasi campur serta restoran nasi daun pisang di Jalan Utama di sini, mendapati tikus dan lipas berkeliaran di bahagian dapur memasak serta tandas.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by buletinfm (@buletinfm)

Restoran nasi kandar yang telah beroperasi hampir 40 tahun itu adalah antara empat premis makanan yang diarah tutup selama 14 hari mengikut Undang-Undang Kecil Establishment Makanan 1991.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen