Penjawat awam mengaku tak bersalah, pecah cermin dan ugut wanita di simpang

Seorang lelaki yang juga merupakan penjawat awam telah didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu memecahkan cermin kereta serta melakukan ugutan terhadap seorang wanita di persimpangan lampu isyarat, Kubang Kerian Khamis lalu.

 

Mengakk tak bersalah

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Nasir Huasin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh mendatangkan ketakutan kepada Wan Nur Athirah Wan Kamal, 35, dengan cara mengetuk cermin kenderaan mangsa menggunakan senjata tajam iaitu scapper hingga berlubang dan retak menyebabkannya mangsa ketakutan.

Bukan satu, tapi terkait dua pertuduhan

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua pula tertuduh melakukan khianat terhadap harta milik mangsa sama dengan memecahkan cermin sebelah pemandu kereta Perodua Axia menggunakan 'scapper' hingga menyebabkan kerugian RM300.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen