Lelaki mengamuk, tak puas hati penguatkuasa nak 'rampas' lembunya berkeliaran

Sejak kebelakangan ini, banyak kita lihat kemalangan yang berlaku adalah disebabkan melanggar atau cuba mengelak binatang ternakan atau liar berkeliaran di atas jalanraya.

Hal itu sekaligus menjadi kerisauan kepada orang ramai kerana insiden mungkin boleh membawa maut akibat rempuhan yang kuat dan sebagainya.

Mengamuk lembu kena 'sita'

Tidak dengan itu, penternak juga perlu mengambil penuh tanggungjawab memantau keberadaan ternakan mereka sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan sepertimana yang menimpa lelaki ini.

 

 

Menerusi perkongsian Megat Alam Sengketa di Facebook, memaparkan situasi kekecohan telah berlaku melibatkan pemilik lembu serta sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai pihak penguatkuasa.

"Ini bukan taman kau!"

Difahamkan, kekecohan berlaku apabila lelaki berbangsa India itu tidak berpuas hati apabila dimaklumkan lembu kepunyaannya akan diambil.

Namun begitu, punca pihak berkenaan berbuat demikian tidak dapat dipastikan samada telah menerima aduan daripada penduduk sekitar ataupun sebaliknya.

 "Dah rampas baru mengaku"

Bagaimanapun, netizen menyokong penuh tindakan pihak terbabit kerana yakin mempu membuka mata penternak di luar sana agar sentiasa peka dengan keberadaan haiwan peliharaan mereka.

 

"Kalau dah kena langgar, tak mengaku"

"Ikat dengan tuannya sekali"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen