Tidak berpuas hati dengan upah yang diterima membuatkan geng penghantar makanan membuat pakatan untuk memboikot syarikat pengendali.
Memetik laporan Utusan Online, sebuah pengendali telah mengembalikan ganjaran upah kepada penghantar makanan selepas tular satu kempen yang digerakkan kumpulan tersebut untuk melancarkan mogok 24 jam bermula malam tadi hingga tengah malam ini.
Difahamkanm syarikat berkenaan memberikan bonus tambahan untuk penghantar makanan yang bekerja pada tarikh ditetapkan.
“Flexi bonus Kembali lagi! Peluang terakhir anda (penghantar makanan) untuk dapatkan bonus tambahan pada minggu ini dengan bekerja pada 5 Ogos (Hari ini), 6 Ogos (Sabtu) dan 7 Ogos (Ahad).
“Sekiranya anda (penghantar makanan) bekerja di zon-zon berikut pada waktu peak hour (waktu kemuncak) di zon-zon berikut),” tulis pengumuman tersebut.
Tinggalkan Komen