Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video menyaksikan kekecohan di percayai berlaku di Syadium Kluangm Johor Bharu.
Menurut sumber, kejadian berlaki ketika berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Kluang kali ke-54.
Gaduh waktu kejohanan sukan
Menerusi video berdurasi 31 saat itu, kelihatan seorang murid bertudung hitam memakai pelitup muka menyepak kepala dan bahagian badan seorang lagi pelajar.
Dalam waktu sama, kawan mangsa yang dilihat cuba melindungi mangsa terus ditumbuk dan disepak oleh pelajar memakai pelitup muka tadi.
Disyaki bukan kes buli
Namun begitu, pergaduhan berjaya dileraikan beberapa orang pelajar lelaki setelah melihat kejadian semakin tegang
Hasil carian di komen, ada orang awam memaklumkan insiden tersebut telah diselesaikan oleh pihak polis pada hari sama kejadian berlaku.
Malah, dia turut mendakwa pergaduhan itu berpunca dari mangsa uang disepak kerana telah menolak pelajar yang menendangnya sehingga jatuh, bukan disebabkan kes buli.
Adapun beegitu, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tular.
Tinggalkan Komen