Tipulah kalau kita cakap tak takut setiap kali terserempak dengan polis, walhal tidak melakukan sebarang kesalahan.
Dalam waktu sama, sedar atau tidak mulai terfikir sendiri barangkali kita ada melakukan sesuatu tanpa sengaja.
Cuak kena tahan polis
Begitulah yang mungkin dirasakan oleh penjual putu mayam ini ketika dia ditahan oleh dua orang anggota polis di tepi jalan.
@fakhrulaminz7 Jangan cakap abang tak ⛱ #fyp #rwyfb #2022tiktok ♬ bunyi asal - Mohd Sholihin
Menerusi paparan yang dikongsi, menyaksikan perbualan mereka di atas motor masing-masing sambil pakcik penjual putu mayam itu menunjukkan arah.
Rupanya nak kongsi rezeki
Dalam entri itu, pemilik akaun turut memaklumkan bahawa pakcik berkenaan ditahan bukan kerana melakukan kesalahan lalu lintas tetapi rakan setugas ingin membeli jualannya.
"Mesti dia terperanjat"
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya akui terhibur seolah-olah dapat membayangkan reaksi pakcik itu sewaktu ditahan oleh dua orang anggota terbabit.
"Cuak kena tahan"
"Bini mengidam lah tu"
Tinggalkan Komen