Cuak kena tahan tepi jalan, 'uncle' lega rupanya abam polis nak beli putu mayam

Tipulah kalau kita cakap tak takut setiap kali terserempak dengan polis, walhal tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dalam waktu sama, sedar atau tidak mulai terfikir sendiri barangkali kita ada melakukan sesuatu tanpa sengaja.

Cuak kena tahan polis

Begitulah yang mungkin dirasakan oleh penjual putu mayam ini ketika dia ditahan oleh dua orang anggota polis di tepi jalan.

 

@fakhrulaminz7 Jangan cakap abang tak ⛱ #fyp #rwyfb #2022tiktok ♬ bunyi asal - Mohd Sholihin

 

Menerusi paparan yang dikongsi, menyaksikan perbualan mereka di atas motor masing-masing sambil pakcik penjual putu mayam itu menunjukkan arah.

Rupanya nak kongsi rezeki

Dalam entri itu, pemilik akaun turut memaklumkan bahawa pakcik berkenaan ditahan bukan kerana melakukan kesalahan lalu lintas tetapi rakan setugas ingin membeli jualannya.

"Mesti dia terperanjat"

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya akui terhibur seolah-olah dapat membayangkan reaksi pakcik itu sewaktu ditahan oleh dua orang anggota terbabit.

 

"Cuak kena tahan"

"Bini mengidam lah tu"

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,113,912 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen