Biarkan ibu hamil berdiri tunggu giliran, netizen 'menyirap' tengok geng ayah tak ada simpati

Apabila berada di tempat awam, menjadi satu kemestian kepada kita untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Demikian adalah kerana terdapat beberapa golongan di luar sana perlu diberi keutamaan seperti warga emas, golongan kelainan upaya (OKU) serta ibu mengandung.

 

"Yang bertelur tu mengandung juga ke?"

Namun, nampaknya masih ada segelintir pihak di luar sana memandang ringan perkara tersebut sepertimana yang terjadi di sebuah hospital ibu dan kanak-kanak yang dirahsiakan lokasinya.

 

@mrdoraemon32wan APA NI!!!! yang bertelur tu mengandung jgak ke? agak la bai... #viral #fyp #foryou #hospitalibudankanakkanakhkl ♬ original sound - OhhhhFareeq

 

Dalam paparan tersebut, kelihatan beberapa wanita hamil sedang berdiri sambil bersandar pada dinding kerana perlukan sokongan sementara menunggu giliran mereka.

 

Kerusi kosong 'dihuni' geng ayah

Sementara, kerusi yang ada di situ semuanya sudah terisi bukan sahaja oleh kaum wanita, tetapi juga kaum bapa yang menemani isteri mereka.

Lebih mencabar emosi, kelihatan seorang lelaki tidur di salah satu daripada kerusi berkenaan, walhal isterinya boleh sahaja mengejutnya jika dia tahu apa makna simpati.

 

"Selalu jumpa jenis macam ni"

Menjengah ke ruangan komen, ada yang luah kecewa dengan sikap tersebut yang tidak sepatutnya terjadi, lebih-lebih lagi jelas kelihatan semuanya dah dewasa dan pasti tahu tentang adab.

"Lebih baik duduk dalam kereta"

"Baru kena haritu"

Pun begitu, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama pernah menimpa mereka.

Anda masih keseorangan?

1,115,260 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen