Memetik sumber Bernama, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.
Dipersetujui majoriti
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim Kamaludin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi, manakala ditentang oleh Datuk S.Nantha Balan.
"Hanya Parlimen boleh pinda Perlembagaan"
Hakim Kamaludian bagaimanapun berkata, perkataan 'bapa' dalam Perkara 14(1)(b) dan peruntukan berkaitan dengannya dalam Jadual Kedua adalah jelas dan tidak boleh ditafsirkan untuk memasukkan 'ibu'.
"Hanya Parlimen boleh meminda Perlembagaan, bukan mahkamah, untuk meminda perlembagaan. Mahkamah tidak boleh sesuka hati mengubah Perlembagaan."
"Oleh itu, rayuan kerajaan dibenarkan tanpa perintah mengenai kos, manakala keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan."
-Kamaludin-
Tinggalkan Komen