Puluhan ribu dilabur untuk memiliki sebuah kereta idaman, pastinya pengguna mengharapkan yang terbaik daripada produk yang dikeluarkan syarikat berkenaan.
'Airbag' X70 tak berfungsi?
Namun, sebaliknya pula yang terjadi selepas mendapati 'airbag' yang berada di dalam Proton X70 miliknya tidak berfungsi dengan baik.
Sepertimana yang dikongsi oleh Anaz, menyaksikan keadaan bahagian hadapan kereta berkenaan remuk melanggar besi pembahagi jalan.
Melihat keadaan kereta tersebut, agak terkilan apabila 'airbag' tidak berfungsi dengan baik sedangkan rempuhan itu kelihatan kuat.
"Tak kena sensor"
Adapun begitu, netizen berbeza pendapat berhubung insiden berkenaan.
Segelintirnya beranggapan bahawa hentakan yang berlaku tidak kuat menyebabkan tidak dapat dikesan oleh 'sensor' .
"Rasanya tak pakai seatbelt"
Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa ia berpunca daripada pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar sebelum kejadian.
Pendapat netizen
Malah, ada juga yang berkongsi ilmu berkenaan punca menyebabkan berlakunya insiden berkenaan.
Tinggalkan Komen