Masih baru, pemilik dakwa 'airbag' X70 tak berfungsi? -"Kuat tu hentaman dia..."

Puluhan ribu dilabur untuk memiliki sebuah kereta idaman, pastinya pengguna mengharapkan yang terbaik daripada produk yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

'Airbag' X70 tak berfungsi?

Namun, sebaliknya pula yang terjadi selepas mendapati 'airbag' yang berada di dalam Proton X70 miliknya tidak berfungsi dengan baik.

Sepertimana yang dikongsi oleh Anaz, menyaksikan keadaan bahagian hadapan kereta berkenaan remuk melanggar besi pembahagi jalan.

Melihat keadaan kereta tersebut, agak terkilan apabila 'airbag' tidak berfungsi dengan baik sedangkan rempuhan itu kelihatan kuat.

"Tak kena sensor"

Adapun begitu, netizen berbeza pendapat berhubung insiden berkenaan.

Segelintirnya beranggapan bahawa hentakan yang berlaku tidak kuat menyebabkan tidak dapat dikesan oleh 'sensor' .

"Rasanya tak pakai seatbelt"

Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa ia berpunca daripada pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar sebelum kejadian.

Pendapat netizen

Malah, ada juga yang berkongsi ilmu berkenaan punca menyebabkan berlakunya insiden berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,115,266 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen