Sediakan kerusi waktu perhimpunan, netizen anggap sekolah manjakan pelajar?

 

Bagi 'membeli jiwa' pelajar untuk ke sekolah, tidak salah sekiranya pihak pentadbiran melakukan pelbagai insitiaf dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

 

Netizen berdebat duduk waktu perhimpunan

Misalnya, sepertimana yang dilakukan oleh barisan pentadbir dari SK Seri Aman yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh akaun Teacher Collection di laman Facebook

Dalam hantaran tersebut, kelihatan suasana sekitar tapak perhimpunan mula dipenuhi dengan kehadiran barisan guru dan para pelajar sebelum bermulanya perhimpunan rasmi pada hari itu.

 

"Untung budak sekarang"

Namun, siapa sangka ada pula segelintir pihak di luar sana bersikap sinis melihat  sekolah berkenaan menyediakan kerusi untuk para pelajarnya sewaktu menghadiri perhimpunan rasmi.

 

"Lepas ni letak sofa"

"Perlu ke perhimpunan lama?"

"Serba tak kena orang kita ni" 

Adapun begitu, sebahagiannya pula beranggapan sebaliknya apabila mereka memuji keprihatinan pihak sekolah menyantuni pelajarnya.

Menurut mereka, tidak seharusnya warganet membanding-bandingkan sesi persekolahan zaman dulu dan sekarangnya yang sememangnya berbeza.

 

"Benda baik, terima jelah"

 "Semua benda nak disamakan zaman dulu"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen