Kehebatan kereta jenis Perodua Myvi memang tidak dapat disangkal lagi sehingga tidak semena-mena mendapat gelaran 'raja' lebuhraya.
#Kereta polis berwajah baru?!
Bukan itu sahaja, kini kereta jenis itu dikhabarkan akan menjadi kenderaan untuk kegunaan anggota polis.
@infodashcam #fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok ♬ original sound - Info Dashcam
Demikian susulan tular sebuah video menyaksikan beberapa buah kenderaan tersebut dibawa oleh lori yang ketika itu sedang berhenti di tepi jalan.
"Naik pangkat dah!"
Ikut teruja dengan video tersebut, ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai respon warganet yang rata-ratanya sakan berseloroh tentang kehebatan 'King' sehingga diiktiraf menjadi sebahagian daripada kenderaan anggota polis.
"Lepas ni tak payah kejar, terbang terus"
"Jenuh nak lari lepas ni"
Bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada sebarang makluman dikeluarkan oleh pihak terlibat berhubung video tular.
Malah, jangkaan kereta model itu boleh mula digunakan juga masih tidak diketahui.
Tinggalkan Komen