Wanita nafi pakai seksi, anggap teguran pakcik ada makna lain. -"Tak perlu ambil tugas suami saya..."

Ekoran tular video suami meningking orang awam gara-gara menegur aurat isterinya, wanita dikenali sebagai Mia Khalida akhirnya buka cerita berhubung insiden menimpanya.

 

"Tak malu ke pakai macam ni?"

Menurut Mia, sewaktu menghadiri program Hari Peladang, dia telah didatangi oleh seorang lelaki tak dikenali lalu menegur cara pemakaiannya.

Jadi, dia terus mengadu kepada suaminya, Ezzu Chang sebelum mereka pergi bersemuka dengan lelaki terbabit untuk menegur semula perbuatannya.

"Saya dengar ada orang kata tak malu ke pakai macam ni?"

"Saya teruskan berjalan, kemudian saya berhenti. Saya tengok belakang, lelaki tu masih pandang saya dengan pandangan gatal.Terus saya maklum pada suami."

"Suami saya pergi jumpa dia, bagi salam dan tanya dia cakap apa pada saya? Masa tu siami saya terus melenting sebab lelaki tu biadap dengan saya. Suami saya tinggikan suara, tapi dia tak guna kata-kata kesat."

"Akhirnya lelaki tu minta maaf kepada suami, tapi dia tak minta maaf dengan saya."

-Mia-

@miakhalidah Perempuan please hati2 kalau lalu sebelah abg ni.. #fyp #nsfest #foryoupage #sharingiscaring #mohonshare ♬ original sound - MiaKhalida

"Teguran dia biadap"

Berkenaan dengan cara pemakaiannya, Mia nafi bahawa dirinya mengenakan pakaian yang seksi kerana sewaktu kejadian, dia hanya berpakaian kasual.

"Ketika hari kejadian, saya pakai baju biasa saja. Pakaian saya tak menonjol pun. Cuma sebab saya tak pakai tudung, terus saya dianggap berpakaian seksi. Saya rasa teguran lelaki tu biadap, saya pun tahu apa niat dia menegur begitu."

-Mia-

"Tak perlu ambil tugas suami..."

Dalam pada itu, Mia turut menjelaskan semula maksud di sebalik ayat suaminya waktu kejadian yang memaklumkan akan menangung dosa sang isteri selain menitip pesan untuk tidak mengambil tugas suami untuk menegur.

"Ramai yang marah sebab suami saya kata dia yang tanggung dosa saya. Sebenarnya, suami maksudkan yang dia akan tanggung dosa kalau dia tak tegur saya."

"Orang tak perlu ambil tugas suami saya, dia orang luar. Tapi netizen salah anggap, mereka fikir suami tak pernah tegur saya. Mereka gelarkan saya perempuan murahan dan perempuan bodoh."

"Semua gambar saya mereka komen dengan kata-kata kecaman, tapi saya tak terkesan sebab saya dan suami tahu situasi sebenar."

-Mia-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen