Pertama kali datang ke Malaysia, seorang pengembara bernama Alwin luah betapa terujanya dia dapat menjejakkan kaki di sini.
Teruja pertama kali datang Malaysia
Menerusi video 'vlog' yang dimaut naik, difahamkan negeri pertama yang menjadi tarikannya adalah Kedah.
Dengan menaiki keretapi, dia juga ada berkongsi pengalamannya dapat melihat kecantikan gunung-ganang sepanjang perjalanan.
@alwingc Are you Malaysian? If yes comment here and tell me where you live
♬ Aesthetic - Tollan Kim
"Jauh lebih baik dari Thailand"
Ujarnya, dia baru sahaja selesai mengembara negara Thailand, tetapi dia akui Malaysia lebih baik walaupun urusan kemasukannya jauh lebih sukar berbanding memasuki Thailand.
"Sebenarnya Malaysia merupakan negara pertama yang saya nak pergi, tapi saya pergi Thailand dulu sebab urusannya senang."
"Saya berada di Thailand selama 2 bulan, tapi apabila berada di Malaysia saya rasa paling lama saya bertahan mungkin 3 bulan."
Rakyat Malaysia ramah
Dalam pada itu, dia turut memuji sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang sangat ramah selain dapat bertutur bahasa Inggeris dengan baik.
"Saya harap okey dapat berhubung dengan mereka."
"Selamat datang ke Malaysia
Meninjau ke ruangan komen, warganet menyambut kedatangannya dengan rasa senang hati.
"Rakyat Malaysia okey kecuali memandu"
Netizen kongsi tempat menarik
Malah, ada juga yang berkongsi beberapa lokasi menarik yang mungkin boleh dikunjungi olehnya selama berada di Malaysia.
Tinggalkan Komen