Tegur lelaki tunggang motor di tapak projek, Pak Gurad maut dilibas pedang

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang pengawal keselamatan dilaporkan meninggal dinia selepas cedera di kepala dan juga tangan kiri akibat dilibas pedang oleh seorang lelaki di tapak projek perumahan di Bukit Banyan.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa Ismail Ahmad, 58 tahun menghembuskan nafas kira-kira 6 petang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak Khamis lalu.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dibubungi mengesahkan mengenai kematian mangsa namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.

Tertuduh, R Subramaniam, 41, mengaku bersalah terhadap perbuatannya itu sebelum mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan penuh mangsa.

Mahkamah turut membenarkan Subramaniam diikat jamin RM12, 000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kesnya selesai.

 

Bagaimanapun, kematian mangsa itu akan menyebabkan kes berkenaan kemungkinan bakal dipinda mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh.

Terdahulu, Allahyarham Ismail cedera di kepala dan tangan kiri selepas dilibas pedang oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana ditegur mangsa ketika dia menunggang motosikal.

Mangsa dikatakan menegur perbuatan lelaki terbabit yang ketika itu dilihat menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan tapak projek berkenaan sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki terbabit beredar sebelum datang semula bersama dua lagi rakan dan melibas sebilah pedang terhadap mangsa sehingga pengawal keselamatan terbabit terpaksa dikejarkan ke hospital.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen