Kali terakhir lihat jam 3, 7 kanak-kanak & 3 remaja OKU hilang lepas main bersama

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekumpulan kanak-kanak bersama tiga remaja orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri hilang di Kampung Kebayau, Kota Belud.

 

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Freddy Kerinsuk (OKU), 15; Arni Kerinsuk (OKU), 13; Alistar Kerinsuk (OKU), 9; Royce Kerinsuk, 3; Meclorn Datine, 12; Elson Evan Lie Willie, 11 dan Elcy Jackter, 5.

Difahamkan, kali terakhir empat lelaki dan tiga perempuan itu dilihat pada jam 3 petang.

 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.49 malam tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejak semalam ditangguhkan pada jam 1.15 pagi tadi dan disambung semula jam 7.30 pagi, hari ini."

"Operasi turut disertai bantuan unit anjing pengesan (K9) dan lebih 30 penduduk kampung," katanya.

Berdasarkan sumber daripada penduduk kampung mengatakan semua mangsa bermain di kawasan kampung berhampiran kedai runcit.

"Sebarang perkembangan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen