Leka cari labi-labi, kanak-kanak hilang tak sedar hari makin gelap

Oleh: Zuzu Yasmine

Misteri kehilangan tujuh kanak-kanak dan tiga remaja orang kurang upaya (OKU) di Kampung Kebayau akhirnya selesai selepas ditamui selamat hari ini.

 

Memetik laporan Harian Metro, kesemua angsa berusia tiga hingga 15 tahun itu ditemui penduduk kampung pada jam 7.40 pagi sejauh 1.5 kilometer dari kawasan kampung berkenaan.

Menurut penduduk, Robert Santim, 50, berkata, dia serta dua lagi rakannya, Jolius Sumbing, 41 dan Vincent Sikin, 36, menemui semua mangsa di sebuah pondok di kawasan kebun pokok getah dan buah-buahan.

 

"Kami (penduduk) risau memikirkan keadaan mereka apatah lagi sebahagiannya autisme dan terus mencari sehingga jeritan kami didengari semua mangsa."

"Syukur, mereka (mangsa) ditemui dalam keadaan selamat walaupun ada yang mengalami luka kecil," katanya.

Katanya, remaja dan kanak-kanak itu dikatakan pergi mencari labi-labi di anak sungai yang terletak berhampiran puncak bukit.

"Mereka yang berbekalkan roti dan air tidak menyedari cuaca semakin gelap dan terpaksa menginap di pondok yang berhampiran," tambahnya.

Dalam pada itu, , Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, semua mangsa menjalani pemeriksaan rawatan oleh pihak paramedik.

"Dua daripada tujuh mangsa itu dihantar ke hospital Kota Belud akibat luka kecil dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut."

"Mangsa lain diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing manakala operasi ditamatkan jam 9.30 pagi ini," katanya.

Untuk makluman, mangsa Freddy Kerinsuk (OKU), 15; Arni Kerinsuk (OKU), 13; Alistar Kerinsuk (OKU), 9; Royce Kerinsuk, 3; Meclorn Datine, 12; Elson Evan Lie Willie, 11 dan Elcy Jackter, 5, kali terakhir dilihat penduduk sebelum dilaporkan hilang pada jam 3 petang semalam.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen