Baru-baru ini, tular di media sosial akan rakaman sebuah temubual akan akan kekecewaan mengenai lif yang rosak di perumahannya.
Menerusi temubual tersebut, wanita dikenali sebagai Noor Azizah Sidek itu merupakan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Ini Alan itu memaparkan wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa tersebut dengan bersahaja.
Lain macam padu akak ni punya komen pasal isu lif rosak dekat ppr..marah betul dah tak tahan rasanya..
— Rintik huJooooHHuuhuuu menciptaHoooHoooothoot (@IniAlalalannn) August 7, 2022
“saya memang dah tak boleh tahan sebabnya kaki saya, kaki palsu..bila saya bukak kaki saya.. bukan kaki saya yang ada ni, tapi kaki saya yang kat kubur tu yang sakit..” pic.twitter.com/fbP7f7lNmM
Namun, kenyataan yang diluahkan itu menjadi perhatian ramai sekaligus bersimpati akan nasibnya.
“Saya memang dah tak boleh tahan sebabnya kaki saya, kaki palsu..bila saya bukak kaki saya.. bukan kaki saya yang ada ni, tapi kaki saya yang kat kubur tu yang sakit,” ujar wanita terbabit.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan terhibur namun bersetuju akan kenyataan tersebut. Malah, mereka juga mendakwa sakit tersebut sememangnya ada dan dirasai mereka yang kehilangan anggota badan.
Tinggalkan Komen